Monday, November 10, 2008

PENDEDAHAN ASAL-USUL EXTREME SK8-BOARDING DAN LORD OF DOGTOWN





LORDS OF DOGTOWN merupakan satu filem sk8-board yg tahap nenek aku suka layan. Tapi kamu tahu tak apa kaitan antara asal usul sukan ini dan filem ini?????dan juga Z-Boys????Saksikan cerita kat bawah yang aku taipkan untuk semua.
Aktiviti sk8-boarding popular kerana dey’all inilah.
Z-Boy merupakan legenda sk8-board moden berasal dari pekan Dog-Town,Venice,California pada pertengahan tahun-tahun 1970-an.
Asalnya, dey’all merupakan surfer handal di pantai Pacific Ocean Park.
Merasakan yang keseronokan aksi tunggang terbalik surfing sepatutnya dapat diteruskan di darat, maka dey’all dengan beraninya merombak semula apa yang orang2 biasa lakukan dengan sk8-board pada masa itu.
Bagi dey’all, sk8-board juga sepatutnya boleh melakukan adegan-adegan hebat seperti surfing, maka sejarah baru sk8-boarding pun bermula.
Daripada kolam renang yang dikeringkan,tangga-tangga berpalang, cerun bukit, pendek kata, dey’all akan berskating di mana sahaja tempat yang tak akan pernah dipersetujui sama ada nenek-nenek dey’all ataupun pihak majlis perbandaran.
Sekeping papan lapis dengan 4 roda kecil pada keempat-empat penjurunya.
Digunakan untuk bergerak pada jarak dekat dan siapa pernah sangka, disebalik ciptaan tersebut, tersimpan potensi keseronokan yang tak dapat digambarkan.
“Lord of Dogtown” membawa kita mengenai manusia-manusia yang menyelongkar potensi sebenar ciptaan sk8-board.“Lord of Dogtown” merupakan adaptasi kehidupan sebenar Z-Boys yang diarahkan oleh pengarah berbakat, Catherine Hardwicke yang memahami kenapa dan apa perlunya Z-Boys melakukan apa yang telah dey’all lakukan dulu.
Mengubah cara manusia bermain sk8-board, untuk selama-lamanya. Filem ini wajib ditonton oleh sesiapa saja yang merasakan dirinya itu sk8-board purist. Saksikan, sebab yang sama y’all memilih sk8-board dan orang yang bertanggungjawab menaikkan tahap keseronokan bermain sk8-board ini serta halangan yang de’all terpaksa tempuhi untuk memberikan alasan kenapa y’all menjadi salah seorang pengikut setia dunia sk8-board. Walaupun filem tok dah lama disiarkan. Tapi aku saja nak berkongsi pengalaman dengan semua orang sebabnya aku tak pernah boring nanga filem tok. Dah berpuluh-puluh kali rasa nya aku dah nanga filem tok..
SEKIAN dari loyar buruk tapi bernas dari saya.

watak

sebenar ---pelakon

Tony alva ---victor rasuk

Jay adams --- emile Hirsch

Stacy peralta ---john robinson










No comments: